GTX 1080 Kalah Tipis Dengan Radeon Vega Frontier Dalam Penanda Aras 3DMark

Kad grafik Radeon Vega Frontier Edition baharu dari AMD secara perlahan-lahan berada di tangan pengguna, dan salah satu pengguna tersebut telah menunjukkan kepada kita kesemua perkara mengenai GPU baharu ini, dari kotaknya, GPU Radeon Vega Frontier Edition itu sendiri dengan reka bentuk dan warna biru dan kuning yang cantik, dan beberapa tanda aras.

radeon-vega-frontier-barely-beats-gtx-1080-tests_02

Pengulas WCCFTech ‘Klaudius’ mempunyai Radeon Vega Frontier Edition ini dan telah menjalankannya pada pemproses Core i7-4790K, motherboard ASUS Maximus VII Impact, 16GB DDR3, dan Samsung 850 EVO SSD dengan Windows 10. Dia memasang driver Radeon Vega Frontier yang baharu yang telah dioptimumkan dari AMD, yang membolehkan pemilik Frontier Radeon Vega menukar antara Mod Pro dan Gaming.

Videocardz.com

Tanda aras dijalankan, dengan 3DMark Performance/Extreme/Ultra. Radeon Vega Frontier Edition yang baharu ini mengalahkan GTX 1080, dengan skor penanda aras 4K di 3DMark FireStrike Ultra 5216, berbanding dengan sekitar skor penanda aras 4998 bagi GTX 1080. Ujian penanda aras dilakukan pada resolusi 4K, di mana HBM2 dan HBCC sepatutnya memberikan Radeon Vega kelebihan yang lebih jauh, tetapi saya yakin AMD masih lagi jauh dari mengeluarkan driver yang stabil dan sepatutnya mempunyai banyak pengoptimuman pada GPU tersebut.

Kita akan menunggu driver yang lebih stabil dan telah dioptimum dari AMD sebelum kita boleh membuat andaian sebenar pada Radeon Vega Frontier Edition

SOS

sumber : http://techoais.com/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.