Guilty Gear Strive Akan Diterbit Oleh Bandai Namco Di Asia (Kecuali Jepun Dan Korea)

5

Satu berita yang menarik. Permainan perlawanan baharu oleh Arc System Works, Guilty Gear Strive akan mendapat terbitan oleh syarikat yang berbeza untuk rantau Asia.

Bandai Namco, akan mendapat hak penerbitan permainan ini untuk Asia, kecuali Jepun dan Korea Selatan. Eropah juga turut serta untuk hak penerbitan ini.

Apa yang menarik adalah, kebiasaanya Arc System Works akan menerbit permainannya sendiri di rantau Asia. Maka berita ini ternyata mengejutkan.

Daisuke Ishiwatari, Pengarah untuk siri Guilty Gear juga menyatakan bahawa beliau terkejut dengan persetujuan Bandai Namco, selepas perbincangan beliau dengan Harada-san (Bandai Namco) beberapa tahun lepas. Beliau juga berharap dengan kerjasama ini, akan membawa lebih banyak jumlah pemain dirantau Asia dan juga Eropah.

Bandai Namco juga pernah menerbit beberapa permainan dari Square Enix untuk PS4, khususnya kepada permainan yang dibangunkan oleh studio barat.

Guilty Gear Strive akan hadir ke PS4 pada penghujung tahun ini. Dan beta tertutup akan ditawarkan pada minggu ini.

Artikel asal Gamer Matters, melalui sumber Gematsu

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*