Guilty Gear Strive Ditunda Sehingga Awal Tahun 2021

Permainan perlawanan anime, Guilty Gear Strive yang asalnya dilancarkan pada penghujung tahun 2020, akan ditunda sehingga awal tahun 2021, mengikut dari Twitter terkini dari Arc System Works.

Dari tweet tersebut adalah satu kenyataan dari Takeshi Yamanaka, selaku Penerbit permainan ini menekankan sebab utama mengenai penundaan ini adalah dari situasi pandemik COVID-19 yang memberi impak didalam jadual projek mereka.

Beliau juga menyatakan inisiatif penambahbaikan kualiti dibuat mengikut dari maklumbalas umum semasa beta tertutup baru-baru ini.

Selain dari itu, Guilty Gear Strive juga adalah permainan pertama yang diterbit oleh Bandai Namco di rantau Asia (kecuali Jepun dan Korea) bagi permainan dibangunkan oleh Arc System Works yang kebiasaanya diterbitkan oleh mereka sendiri.

Guilty Gear Strive akan hadir pada awal tahun 2021 secara eksklusif di platform PS4.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*