Berita Menarik

Gunung Everest Kini Mempunyai Rangkaian 5G

Pembaca : 13
0 0

Secara lazimnya apabila kita melakukan aktiviti luar, kita akur bahawa terdapat kebarangkalian besar kita tidak akan dapat dihubungi kerana tiada rangkaian selular di puncak gunung. Tetapi jika anda ke Gunung Everest hari ini, anda boleh menikmati perkhidmatan rangkaian Internet pantas 5G.

China Mobile telah memasang menara 5G pada ketinggian 5145 meter pada 13 April lalu. Mereka kemudian melakukan penstriman video secara langsung selama 24 jam menggunakan rangkaian Internet 5G bahar ini. Kemudian pada 19 April dua kem induk yang berada pada ketinggian 5300 meter dan 5800 meter pula berjaya disambungkan kepada rangkaian.

Pihak China Mobile kemudian akan membina sebuah lagi menara 5G pada ketinggian 6=500 meter bagi membolehkan perkhidmatan selular sehingga 1 Gigabit sesaat dinikmati pada puncak Everest. Dengan rangkaian Internet yang pantas, hubungan antara pendaki dan kem induk dapat dilakukan dengan lebih mudah. Secara teorinya juga pendaki boleh menstrim video sejurus selepas mencapai puncak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.