Gwent: The Witcher Card Game adalah permainan kad yang kini dijual sebagai judulnya sendiri, dimana sebelumnya adalah sebuah permainan mini The Witcher. Ianya telahpun dijual di platform seperti PC (GOG), iOS, Android, PS4 dan Xbox One.

Baru-baru ini CD Projekt Red juga membuat pengumuman bahawa permainan ini juga akan hadir ke platform Steam dan menyokong rentas-platform.

Satu lagi fungsi yang memudahkan pemain adalah “sync functionality”. Ini bermakna segala kandungan yang anda perolehi dari platform akan dibawa kepada versi Steam. Malah, Steam akan menyokong Achievements dan Steam Trading Cards.

Jikalau anda memiliki Thronebreaker: The Witcher Tales, dan pernah bermain kempen, maka ganjaran yang diperoleh juga boleh dibawa ke Gwent untuk Steam. Ini termasuk kad premium dan barang-barangan. Maklumat lanjut mengenai ganjaran boleh dilihat disini.

Gwent adalah permainan percuma yang anda boleh diperoleh di Steam sekarang.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.