H-Man Membantu Pemulihan Pesakit Strok Dengan Permainan Video

Kesan sampingan yang dialami pesakit strok ialah hilangnya kawalan pergerakan pada sebahagian tubuh. Oleh itu proses pemulihan perlu dilakukan oleh pesakit dari awal bagi meningkatkan kebarangkalian untuk mengembalikan mobiliti pada bahagian tubuh yang terjejas. Di Singapura, H-Man telah dilancarkan sebagai alat membantu pemulihan di rumah.

H-Man terdiri daripada sebuah panel dengan sebuah alat kawalan multi-arah terbina pada bahagian dalam. Ia sama seperti rekaan alat kawalan permainan video penerbangan yang dijual di pasaran. Menerusi beberapa aktiviti seakan permainan video, kekuatan tangan pesakit boleh dikembalikan semula.

Sistem akan dapat mengesan apabila pesakit menunjukkan peningkatan dan kemudian mengubah tahap kesukaran aktiviti selari dengan kemampuan. Kerana ia hanya seberat 14 kilogram, ia lebih mudah alih berbanding alatan semasa yang beratnya mencecah70 kilogram.

Peranti pemulihan ini dibangunkan oleh Nanyang Technological University, Singapore (NTU Singapore) dengan kerjasama Centre for Advanced Rehabilitation Therapeutics (CART) di Tan Tock Seng Hospital (TTSH) Rehabilitation Centre. Ia dibangunkan kerana pesakit strok tidak boleh pergi ke hospital untuk menjalani terapi akibat Covid-19. Dengan H-Man sebahagian terapi yang selam ini dilakukan di hospital boleh dilakukan di rumah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*