Grab hari ini telah mula menghantar notifikasi kepada pengguna mereka, memaklumkan berkaitan perubahan kecil pada perkhidmatan GrabPay.

GrabPay merupakan dompet digital terbina pada Grab, memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran nirtunai. Pengguna boleh menambah kredit ke GrabPay melalui penggunaan tambah-nilai secara perbankan atas-talian, atau dengan menggunakan kad kredit atau debit.

Terbaru, Grab mengumumkan yang mana pengguna GrabPay akan boleh membuat penambahan minima bermula sebanyak RM50 mulai 31 Julai 2020 kelak. Ini memperlihatkan peningkatan daripada RM20 pada hari ini.

Sebagai alternatif, pengguna kad kredit dan debit, selain Maybank2U masih boleh melakukan tambah-nilai minima bermula RM20 untuk GrabPay.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.