HALFSun AR9 Adalah Klon Apple AirPods Pro Yang Berharga Hanya RM237

Minggu ini Apple AirPods Pro telah mula dijual di Malaysia dan berharga RM1099. Ya, ia lebih mahal dari AirPods biasa kerana ia adalah variasi yang pro. AirPods Pro hadir dengan sokongan pembatalan bunyi hingar aktif, mempunyai rekaan serba baharu, dan dikatakan mempunyai kualiti audio yang lebih baik dari AirPods-AirPods yang sebelumnya.

Sebelum ini kami ada melaporkan, yang sebaik sahaja Apple melancarkan AirPods Pro – versi klon sudah pun sedang dibangunkan. Kini di Taobao beberapa penjual sudah mula menjual Apple AirPods Pro versi klon. Jenama yang paling mengambil perhatian kami adalah HALFSun melalui set TWS dengan nombor model AR9. Dari segi gambar yang diperlihatkan ia tampak 1:1 sama dengan AirPods Pro. Menurut HALFSun, produk ini mempunyai sokongan Bluetooth 5.0, tambatan pantas seakan cip H1, kawalan gestur sesentuh, HiFi, Siri, paparan bateri berasingan, pengecasan nirwayar, penggunaan salah satu fon telinga sahaja, codec AAC, sensor ambient, pengurangan bunyi hingar, getah fon telingan yang boleh digantikan dan banyak lagi.

Perkara ini dilihat agak sukar untuk dipercayai. Tetapi sudah ada beberapa pembeli dan mereka telah memberikan pendapat dan maklum balas yang positif. Kemudian majoriti memberikan skor 5 bintang terhadap HALFSun AR9 ini. Imej sebenar yang pembeli-pembeli ini kongsi juga sangat mirip dengan AirPods Pro yang sebenar. Dari segi kualiti audio, ramai yang katakan bunyinya jelas, berkualiti tinggi dan asli. Ia juga menyokong pengecasan pantas. Harga jualan versi yang paling mirip dengan Apple AirPods Pro adalah 399 Yuan, iaitu sekitar RM237 sahaja.

Jadi, yang mana satukah pilihan anda? Asli atau klon?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.