Seperti yang dimaklumkan oleh Microsoft, kandungan Halo: Master Chief Collection (MCC) versi PC akan disediakan didalam beberapa peringkat. Halo 2: Anniversary, akan hadir pada pakej MCC pada hari esok, selepas kehadiran Halo: Reach dan Halo: Combat Evolved sebelum ini.

Halo 2: Anniversary telahpun dilancarkan untuk Xbox One dengan pengolehan dari segi grafik dan audio. Untuk versi PC, beberapa penambahbaikan akan diberi, seperti sokongan skrin lebar dan pengubahsuaian FOV.

Pemain juga boleh mengubah tetapan antara grafik asal atau grafik selepas pengolehan, ini termasuk video cutscene.

Multi-pemain turut hadir dengan 7 peta baharu (versi Anniversary) beserta dengan 25 peta dari permainan asal.

Halo 2: Anniversary akan dilancarkan pada 13hb Mei, 11 pagi di PC (Steam & Microsoft Store), dan juga Xbox Game Pass For PC. Ianya sebahagian dari Master Chief Collection (MCC) yang dijual dari paras harga yang rendah iaitu RM65 sahaja di Malaysia.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.