Pendfataran bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dibuka menerusi aplikasi MySejahtera dua minggu lalu sebelum pendaftaran menerusi laman web dan talian telefon pula dibuka Jumaat lalu. Hari ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 telah berkongsi sebanyak 3,658,538 rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin setakat jam 8 pagi hari ini.

Negeri dengan jumlah pendaftaran tertinggi ialah Selangor dengan lebih 1.4 juta diikuti oleh Johor (377,984), Kuala Lumpur (324,097) dan Sarawak (271.179). Dengan angka terkini ini, jumlah pendfataran minat akhirnya melangkaui 10% jumlah penduduk Malaysia yang akan menerima vaksin. Ia pada hemat kami masih lagi angka yang rendah memandangkan aplikasi MySejahtera dimuat turun lebih 20 juta kali.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.