Hangouts Meet Mungkin Akan Dijenamakan Sebagai Google Meet

Tiga tahun lalu, Google telah mengemaskini perkhidmatan Hangouts mereka kepada dua – Hangouts Chat dan Hangouts Meet. Google memfokuskan kepada pengguna perusahaan bagi bersaing dengan Microsoft Teams dan Slack. Akan tetapi sehingga hari ini, masih ada lagi yang menggunakan perkhidmatan Hangouts lama. Google pernah mengarahkan pengguna untuk beralih ke perkhidmatan yang lebih baru sebelum dinaiktaraf secara automatik. Namun hal yang demikian masih telah ditunda.

Terkini, Google mungkin akan menjenamakan semula Hangouts Meet kepada Google Meet. Perkara berkemungkinan besar kerana peralihan antara Hangouts lama ke Hangouts Meet sudah hampir tiba. Di lama sokongan pengguna, Google kini menggunakan Google Meet dan bukan lagi Hangouts Meet. Walau bagaimanapun, nama Hangouts itu tidak mati – kerana perkhidmatan permesejan mereka masih kekal menggunakan Hangouts Chat.

Antara sebab pertukaran nama ini adalah, nama Hangouts itu sudah usang dan lama digunakan. Jadi untuk bersaing dengan Slack, Zoom atau Microsoft Teams – Google perlukan nama yang lebih segar dan baru agar selari dengan tujuan asal iaitu fokus kepada pengguna perusahaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*