Hantar barang atau jadi penghantar di MatDespatch untuk menang hadiah RM300

Share Button

MatDespatch merupakan satu servis penghantaran hari yang sama di Lembah Klang, dari serendah RM9 sahaja. Ia juga menyediakan penghantaran atas permintaan segera, malah turut bekerjasama dengan PosLaju untuk penghantaran hari esok ke seluruh Malaysia bermula dari RM6.

Tetapi berita terbaik dari MatDespatch baru-baru ini adalah hadiah kredit MatDespatch bernilai sehingga RM300 untuk diberikan kepada pengguna MatDespatch yang bertuah. Terdapat juga kad hadiah petronas bernilai RM300 buat pemandu/penunggang MatDespatch.

Menangi kredit MatDespatch

Dari sekarang hingga 31 Ogos 2017, pengguna MatDespatch berpeluang memenangi kredit RM50 setiap minggu. Manakala hadiah utama di penghujung pertandingan pula, menyediakan kredit RM100, RM200 dan RM300 kepada 3 pengguna bertuah.

Semua pemenang mingguan dan utama dipilih secara rawak. Tetapi lebih banyak kali anda menggunakan MatDespatch, pastilah lebih tinggi peluang untuk memenanginya. Pemenang mingguan akan diumumkan pada setiap hari Isnin. Manakala pemenang hadiah utama akan diumumkan selepas 31 Ogos 2017.

Untuk menyertai, pertama sekali mestilah berdaftar sebagai pengguna MatDespatch. Selepas pendaftaran, anda akan dapat melihat butang menyertai peraduan menang kredit MatDespatch. Klik butang Join Now itu dan anda akan dibawa ke laman peraduan.

Di sana, anda perlu mendaftar untuk menyertai peraduan kemudian ikut langkah-langkah yang terdapat di situ untuk meningkatkan peluang penyertaan. Paling bagus, ajak kawan mendaftar di MatDespatch menggunakan pautan rujukan anda.

Menangi Kad Hadiah Petronas

Khas untuk rakan pemandu dan penunggang MatDespatch, anda juga berpeluang memenangi hadiah dari MatDespatch berupa kad hadiah Petronas yang boleh digunakan untuk mengisi minyak. Sama seperti peraduan di atas, hadiah mingguan berupa kad hadiah bernilai RM50. Manakala hadiah utama di penghujung peraduan adalah kad hadiah bernilai RM100, RM200 dan RM300.

Pemenang mingguan akan diumumkan pada setiap hari Isnin. Manakala pemenang hadiah utama akan diumumkan selepas 31 Ogos 2017. Semua pemenang akan dipilih secara rawak, tetapi lebih banyak penyertaan pastinya meningkatkan peluang untuk menang.

Tapi mula-mula, mestilah kena daftar sebagai rakan hero MatDespatch dulu. Pendaftaran boleh dibuat di sini. Lepas selesai pendaftaran akan nampak butang menyertai peraduan, kenalah klik butang Join Now tu. Tingkatkan penyertaan dengan mengajak rakan mendaftar menggunakan pautan rujukan anda.

Tetapi untuk melayakkan menang hadiah, kena datang latihan dan pengaktifan dahulu. Jadual latihan dan lokasi boleh disemak di sini. Lepas dah pergi latihan, barulah anda beria-ria ajak kawan untuk mendaftar bersama di MatDespatch.

Bagus juga MatDespatch ni. Dah laa boleh hantar barang di Lembah Klang dalam hari yang sama, guna perkhidmatan atau jadi penghantar pun boleh menang hadiah. Nak menang kenalah kumpul sebanyak mungkin penyertaan.

Segera ke laman web MatDespatch untuk mendaftar dan mengenali MatDespatch dengan lebih lanjut. Untuk maklumat peraduan, boleh semak di laman Menangi kredit MatDespatch dan Menangi Kad Hadiah Petronas.

Lagi artikel menarik…

<!-- --> sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.