TechSemut Malaysia

Harga Asus Zenfone 4 Max Pro, 4 Max Dan Max Pro Dikemaskini Sempena Hari Raya

Harga Asus Zenfone 4 Max Pro, 4 Max Dan Max Pro Dikemaskini Sempena Hari Raya

Harga Asus Zenfone 4 Max Pro, 4 Max Dan Max Pro Dikemaskini Sempena Hari Raya
Jun 06
07:30 2018

Hari Raya ialah hari yang mulia dan kerap kali disambut dengan pembelian peranti baru. Sempena hari yang mulia ini Asus telah mengemaskini harga tiga peranti mereka. Asus Zenfone Max Plus kini dijual pada harga RM649 dari harga asal RM749 . Asus Zenfone Max Pro pula dijual pada harga RM599 dari harga asal RM659. Akhir sekali ialah Asus Zenfone Max yang dijual pada harga RM499 dari harga asal RM565.

Asus Zenfone Max Plus hadir dengan skrin 5.7-inci dengan nisbah 18:9, menggunakan cip MediaTek, memori sehingga 4GB RAM. Pada bahagian kamera belakang, ia menggunakan dwi-kamera 16MP+16MP, sementara untuk rakaman selfie ia menggunakan kamera 16MP. Asus menggunakan bateri berkapasiti 4130mAh bersama-sama dengannya.

Asus Zenfone 4 Max Pro hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang, selain kamera hadapan 16-megapixel.

Akhir sekali ialah Asus Zenfone 4 Max yang hadir dengan skrin 5.2-inci, cip Snapdragon 425, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini memfokuskan penawaran bateri, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh – selain turut menyertakan dwi-kamera di-belakang, menggabungkan sensor 13MP dan 5MP. Asus Zenfone 4 Max turut menggunakan kamera selfie 8-megapixel.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com