Harga Huawei Nova 2 Lite turun lagi

Share Button

Huawei melakukan kejutan dengan menurunkan lagi harga model telefon Huawei Nova 2 Lite.

Kini, harga tersebut turun lagi kepada RM659, penurunan kali ketiga sempena Hari Raya ini.

Sebelum ini, ia berharga RM799 dan kemudiannya diturunkan ke RM754.

Huawei Nova 2 Lite mempunyai paparan penuh berdimensi tinggi (HD) 5.99 inci jenis FullView dan sistem dwikamera.

Bayangkan dengan harga itu, anda boleh strim video pada nisbah skrin 18:9 hasil skrin 5.99 inci pada telefon bersaiz 5.5 inci saja.

Takut ‘lag’? Operasi telefon bersama RAM 3GB dengan ROM 32GB.

Rekaannya juga cantik di mata pengguna sama seperti dutanya, Hannah Delisha.

Set dwikamera belakang 13 megapiksel + 2 megapiksel manakala kamera satu kamera depan 8 megapiksel.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.