Share Button

Boleh percaya ke anda boleh dapat telefon dengan storan 128GB dengan harga RM1,399 saja. Ya, itulah yang ditawarkan pada siri Nova terbaru dikeluarkan Huawei dinamakan Huawei Nova 3e.

Huawei Nova 3e disediakan pada sistem OS EMUI 8.0 di samping paparan FullView 2.0, anda akan dapat skrin 19:9 bersaiz 5.84 inci.

Skri FHD+ menghasilkan resolusi 2280 x 1080 piksel dan model telefon disediakan datang dengan warna biru Klein Blue dan hitam Midnight Black.

Ia disusuli dengan kamera depan 24 megapiksel, mantap pula dengan dua kamera di belakang 16MP+2MP yang turut menyediakan ciri menghasilkan rakaman bokeh.

Berdasarkan 96 jenis pengesan wajah, Huawei Nova 3e mampu mengenalpasti wajah anda dan menghasilkan imej swafoto yang baik.

Menariknya Huawei Nova 3e ini ia boleh disambungkan ke monitor untuk menjadi PC, tiga jari untuk screenshot, split screen dan Huawei Private Space 2.0.

Ia menyokong cas pantas 9V2A yang mengurangkan masa mengecas sehingga 30%.

Datang dengan RAM 4GB, Huawei Nova 3e ini akan dijual pada 25 Mei dengan harga RM1,399.

Jika anda membelinya pada 18 hingga 31 Mei, Huawei menawarkan pulangan wang berjumlah RM79 bermakna anda membayar harga RM1,320 saja dan juga memperoleh Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.