Sedia maklum, Realme X50 Pro 5G bakal di lancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini. Namun begitu, harga jualannya telah tertiris awal menerusi laman Lazada hari ini iaitu RM2,999 (12GB + 256GB) sebuah. Jualan akan dibuka pada 7 julai, jam 12 pagi secara eksklusif menerusi laman edagang ini.

Realme X50 Pro 5G hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, menawarkan skrin 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3.0, dan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 65W. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan lima kamera belakang gabungan 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra-lebar) + lesa hitam-putih. Ia turut menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP (ultra-lebar).

Telefon pintar ini bakal menjadi antara telefon pintar Realme terawal yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G, selain menawarkan spesifikasi mercu setanding pelbagai jenama popular lain. Jadi, sekiranya benar harga akhirnya adalah sama seperti harga tertiris ini, apa kata anda?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.