Harga Jualan Redmi 8A Dengan Bateri 5000mAh Dikemaskini- Kini Berharga RM399

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan kemaskini harga jualan untuk telefon pintar Redmi 8A mereka. Telefon pintar yang ditawarkan dengan harga RM459 sebelum ini, kini dikemaskini dan akan mula ditawarkan pada harga RM399.

Redmi 8A hadir dengan penawaran spesifikasi asas, dan menawarkan masa penggunaan bateri yang lama.

Redmi 8A

Redmi 8A menggunakan skrin 6.22-inci, dilengkapi cip Snapdragon 439, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Redmi 8A ini hari ini pada harga RM399 melalui Lazada.

Beli : Redmi 8A

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*