Selain kemaskini harga jualan untuk Poco F2 Pro, pihak Xiaomi Malaysia turut mengumumkan kemaskini harga jualan untuk Redmi Note 9 untuk pasaran Malaysia.

Redmi Note 9 RM699

Kemaskini harga jualan diumumkan untuk model dengan 4GB RAM dan 128GB storan. Sebelum ini ia dijual pada harga RM749, dan dengan potongan harga baru, Redmi Note 9 versi 4GB RAM ini ditawarkan pada harga RM699.

Dari segi spesifikasi, ia hadir menggunakan skrin 6.53-inci FHD+, dijana cip MediaTek Helio G85, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 5020mAh dengan pengecasan pantas 18W. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan kamera utama 48-megapixel, selain kamera hadapan 13-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Redmi Note 9 dengan harga baru ini bermula hari ini.

Beli : Redmi Note 9 di Lazada

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.