Harga Jualan Xiaomi Mi A2 Dikemaskini – Kini Bermula RM899

Xiaomi baru-baru ini telah mengemaskini harga jualan untuk Xiaomi Mi Mix 2S. Selain daripadanya, kini Xiaomi turut dilihat telah mengemaskini harga jualan untuk telefon berasaskan Android One mereka, iaitu Xiaomi Mi A2.

Xiaomi Mi A2 sebelum ini telah ditawarkan di Malaysia sejak penghujung Julai lepas, dimana dua variasi storan ditawarkan – model 4GB RAM dan juga 6GB RAM.

Xiaomi Mi A2 Harga Baru

Dari segi spesifikasi, Mi A2 menggunakan skrin 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 660, dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 20MP, dan kamera 20-megapixel untuk swafoto. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh yang dicas menggunakan USB-C.

Berbeza dengan pelbagai peranti Xiaomi lain, keluarga Mi A2 hadir menggunakan sistem operasi Android One dan bukannya antaramuka MIUI. Melaluinya mereka menjanjikan pengalaman penggunaan Android asli, selain kemaskini lebih pantas.

Melalui perubahan harga kini, versi 4GB RAM ditawarkan pada harga RM899, sementara versi 6GB RAM pula ditawarkan pada harga RM1099.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.