Harga SSD dijangka akan setara dengan HDD pada 2016

Menurut pada artikel pada laman sesawang InformationWeek’s Network Computing, kemunkinan harga SSD akan jatuh dan sama dengan harga HDD pada nisbah 1:1. Ini kerana dengan dengan wujudnya memori NAND 3D, jumlah kapasiti SSD akan datang boleh mencecah sehingga 16TB berbanding dengan kapasiti HDD yang terbesar buat masa sekarang pada kapasiti 10TB yang menggunakan teknologi gas Helium. Pada tahun ini sahaja pengeluar SSD, Sandisk sudah bersedia untuk memasarkan SSD mereka pada saiz 8TB dan dijangka akan memasarkan kapasiti yang lebih besar iaitu 16TB pada 2016.

memori

Sperti yang kita tahu, harga SSD di Malaysia juga sudah murah dengan anggaran RM3.70 setiap 1GB, malah kita boleh dapat SSD yang lebih murah seperti jenama Transcend dan Kingston pada harga RM250 untuk kapasiti 120GB. Apa kelebihan SSD berbanding HDD jika anda tertanya, sudah tentu kelajuan membaca dan menulis SSD adalah berkali ganda lebih laju berbanding dengan HDD, ianya juga hanya menggunakan arus yang lebih kecil berbanding dengan HDD, kecil dan ringan. Dari segi ketahanan pula, SSD tidak mudah rosak apabila terjatuh seperti HDD kerana ianya tidak mempunyai perkakasan yang bergerak.

4TB SSD daripada Sandisk

4TB SSD daripada Sandisk

Pada tahun 2016, memori NAND 3D munkin akan menjadi arus perdana dalam pasaran storan, dengan pelbagai jangkaan dari pelbagai pihak, harga SSD kemunkinkan akan jatuh dan sama dengan HDD. Buat anda yang masih tidak menggunakan SSD atau sudah mempunyai satu atau dua tetapi ingin menambahkan kapasiti, adalah lebih baik untuk tunggu sehingga 2016. Bukan sahaja jangkaan harga SSD jatuh, tetapi pelbagai lagi teknologi yang baharu akan diperkenalkan justeru memberi kelebihan kepada pengguna.