Harley-Davidson Akan Menambah Sokongan Sistem Inforia Android Auto Pada Motosikal Mereka

Harley-Davidson merupakan salah satu pengeluar motosikal yang popular. Terbaru, mereka telah mengumumkan yang mana mereka akan mengintegrasikan sokongan Android Auto pada motosikal akan datang dibawah model Touring, CVO dan juga Trike.

Dengan integrasi Android Auto, penunggang motorsikal Harley-Davidson ini kelak akan dapat menghubungkan telefon pintar mereka, dan menikmati sejumlah ciri-ciri pintar, termasuk akses ke fail-fail media, menggunakan sokongan peta serta navigasi, dan berinteraksi dengan Google Assistant.

Harley-Davidson akan menyertakan sistem inforia dinamakan Boom Box GTS untuk tujuan ini, dimana ia hadir dengan skrin sebesar 6.5-inci. Motosikal Harley-Davidson akan datang dijangka dilengkapi dengannya, dan pengguna sedia ada dijangka menerima kemaskini perisian, atau boleh mendapatkannya sebagai aksesori untuk ditambah ke motosikal mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*