Harley-Davidson Menyertai Perniagaan Basikal Elektrik

Harley-Davidson sedia terkenal dengan penawaran motosikal mereka, dan kini telah menubuhkan sebuah perniagaan baru yang mengkhususkan kepada basikal elektrik.

Perniagaan baru ini dijenamakan sebagai Serial 1 Cycle Company – bersempena dengan nama motosikal tertua keluaran Harley-Davidson.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri-ciri dan penawaran khusus yang bakal dibawakan oleh basikal elektrik pertama keluaran mereka. Seperti ramai sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan, lebih ramai yang mula mendapatkan basikal elektrik – sekaligus memudahkan pergerakkan jarak dekat.

Produk pertama daripada perniagaan basikal elektrik ini dijangka hadir ke pasaran pada tahun 2021 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*