Huawei hari ini mengumumkan telefon dengan skrin boleh-lipat mereka yang terbaru, dinamakan Huawei Mate X2. Bersama-sama dengannya, Huawei turut mengumumkan telefon pintar berkenaan akan menjadi antara yang terawal menerima kemaskini Harmony OS.

Untuk makluman, Harmony OS merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Huawei sendiri, sebagai alternatif untuk Android. Huawei mengatakan ia dioptimasikan untuk beroperasi dengan lebih lancar – selain disesuaikan untuk pelbagai versi peranti berbeza.

Huawei turut mengatakan sejumlah telefon pintar mercu Huawei boleh dinaik-taraf ke Harmony OS – bermula dengan Huawei Mate X2 pada bulan April ini.

Dengan pengumuman ini, semestinya ramai yang akan menantikan bagaimanakah penawaran ini, dan adakah ia akan benar-benar memberi cabaran kepada sistem operasi yang lain kelak?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.