TechSemut Malaysia

Headphone paling mudah guna, tanpa wayar

Headphone paling mudah guna, tanpa wayar

November 30
15:23 2017
Share Button

Fon telinga tanpa wayar, Jabra Elite 25e menjadi model ‘ in-ear stereo neckband’ paling dinantikan membolehkan peralihan yang lancar di antara panggilan telefon dan muzik sepanjang hari.

Headphone Jabra Elite 25e dilengkapi bateri berkuasa tinggi. Hanya dengan sekali cas,

baterinya dapat bertahan sehingga 18 jam, cukup untuk sepanjang hari.

Sama ada headphone ini digunakan untuk mendengar muzik, berulang-alik atau membuat dan menerima panggilan, mikrofon yang dilindungi daripada angin ini memberikan tumpuan sepenuhnya.

Neckbandnya mempunyai zon lentur yang boleh dibengkokkan dan rekaannya akan memastikan padanan yang hebat dan keselesaan sepanjang hari. Pengguna juga dapat menikmati bunyi in-ear yang lebih baik dengan mempertingkatkan padanan dengan EarGels™ oleh Jabra.

Gel telinga dan speaker ini direka bentuk untuk memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan. Rekaan gel telinga yang baru ini memberikan padanan yang lebih tepat dan selesa yang dapat mengurangkan ketirisan audio.

Ia dapat meningkatkan pengalaman pendengaran supaya kualiti bunyi tidak terjejas, tidak kiralah sama ada anda menggemari dengungan bass atau lagu-lagu bernada tinggi.

Dengan butang khas bagi kawalan suara dan bacaan mesej, anda mempunyai akses kepada Siri dan Google Now dengan hanya satu sentuhan, yang membolehkan akses bebas tangan kepada maklumat anda, sambil anda bergerak ke mana-mana. Anda tidak lagi perlu mengeluarkan telefon anda dari poket sekiranya ingin menjawab panggilan atau menukar lagu anda!

Ia dijual pada harga RM429.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com