Disney telah melancarkan alat augmented reality nya sendiri untuk para peminat Star Wars. Dibina oleh Lenovo dan Lucasfilm, alat AR ini menggabungkan dunia sebenar dengan lapisan animasi, membolehkan anda mengalami dunia Star Wars dan mengayunkan lightsaber dalam permainan yang dinamakan Star Wars Jedi Challenges.

Video diatas menunjukkan bagaimana alat AR ini akan diguna pakai. Alat dengar AR kelihatan seperti mempunyai sekurang-kurangnya sepasang kamera untuk mengesan pergerakan dan lightsaber,

VentureBeat

Disney juga mengumumkan bahawa Holochess, permainan yang dimainkan di Millennium Falcon oleh Chewbacca dan C-3PO dalam Star Wars Episode IV: A New Hope, akan boleh dimain menggunakan alat AR tersebut.

Masih lagi tidak diketahui nama peranti ini, bila ia akan dipasarkan dan juga harganya.

Rolling Stone

sumber : http://techoais.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.