HereMyHack 2018, JomHack Peta HERE WeGo

Bermula 7 hingga 14 September 2018, satu pertandingan pembangunan (hackathon) aplikasi HERE WeGo melalui API yang dibangunkan oleh HERE Map akan diadakan. Hackathorn ini dianjurkan oleh Here Map dengan bantuan JomHack Malaysia bersempena dengan JOMLAUNCH 6.0

HereMyHack 2018 adalah satu virtual hackathon di mana peserta berpeluang untuk mencipta dan mereka konsep-konsep menarik serta memenangi hadiah wang tunai sehingga RM6,000. Matlamat utama HereMyHack adalah menggalakkan lebih banyak pengguna HERE WeGo map pada masa yang sama, menambah baik datanya. Disamping itu, ia bertujuan untuk membangunkan komuniti pembangun yang berbakat meneroka API HERE Map.

Ini adalah satu peluang keemasan untuk menguji kemahiran dan bakat dengan mengubah suai API peta HERE WeGo, yang banyak digunakan oleh jenama-jenama besar seperti Garmin, Audi, BMW dan lain-lain.

Program yang dianjurkan oleh HERE Map ini, memerlukan peserta (tidak kira individu atau secara berkumpulan) membina sebuah demo berfungsi yang menawarkan solusi menarik untuk menggalakan penggunaan peta Here WeGo dan pada masa yang sama mempertingkatkan pengalaman pengguna.

HERE Map merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan teknologi pemetaan digital dan perintis sistem navigasi kenderaan sejak tahun 1985. Sebelum ini dikenali sebagai NAVETEQ dan Nokia, syarikat ini telah membina pelbagai teknologi berkaitan dengan pemetaan. Kini HERE fokus kepada membina peta 3 dimensi yang memberikan nafas baru kepada lapisan informasi dan gambaran.

Terbuka kepada warga Malaysia, PR, pelajar/kerja berpermit warga Thailand dan Filipina, peserta yang mendaftar akan diberikan taklimat ringkas sebelum sepak mula pada 7 September 2018.

Hackathon yang berlangsung selama 1 minggu, memerlukan peserta menyiapkan dan menghantar projek masing-masing sebelum atau pada 14 September jam 12 tengah hari.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan solusi yang paling kreatif, inovatif dan mempunyai rekabentuk menarik beserta evaluasi teknikal kebolehan pasukan, yang akan memberikan manfaat kepada HERE WeGo.

Memandangkan Hackathon ini dijalankan secara 100% virtual, peserta tidak perlu hadir ke Kuala Lumpur. Projek yang disiap, perlu dihantar melalui borang rasmi.

Hanya 3 pasukan akan dipilih sebagai pemenang dan akan dijemput ke KL untuk menerima hadiah pada 22 September semasa acara JOMLAUNCH 6.0 di mana HERE Map merupakan salah seorang penaja bagi acara gilang-gemilang tersebut.

Hadiah yang ditawarkan kepada kepada pemenang adalah seperti berikut:

  • Tempat pertama – wang tunai RM6,000 + bimbingan JomHack
  • Tempat kedua – wang tunai RM3,000 + bimbingan JomHack
  • Tempat ketiga – wang tunai RM1,000 + bimbingan JomHack

Jadual Hackathon HereMyHack 2018 adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai Hackathon, anda boleh memulakan perbualan pada laman utama atau berhubung terus dengan penganjur di https://www.facebook.com/jomhackmy/ atau menghantar e-mail ke hello@jomhack.com.

JOMLAUCH 6.0

JOMLAUCH 6.0 adalah satu acara besar-besaran yang bertujuan membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil, membentangkan produk-produk yang melibatkan ICT yang mempunyai nilai-nilai komersil.

Terdapat 4 kategori yang terlibat pada acara tersebut, iaitu:

  • Sumber Terbuka, membina kod aturcara percuma dan ingin dikongsikan kepada umum
  • Peribadi, projek yang masih dalam pembinaan
  • Komuniti, projek siap untuk kegunaan orang ramai secara percuma
  • Komersil, produk siap yang mempunyai nilai komersil

Bagi yang berminat untuk hadir ke acara tersebut, bolehlah mendapatkan tiket JOMLAUNCH disini.

Kali terakhri acara ini diadakan, seramai 19 projek diketengahkan pada 16 September 2017 dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja. Acara tahunan ini di jayakan dengan sokongan kuat oleh TM dan Persatuan Usahawan and Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF).  Turut memberi sokongan WebImpian dan RunCloud.

Baca disini Maklumat lanjut mengenai JOMLAUNCH 6.0

sumber artikel : otakit.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.