TechSemut Malaysia

Hidup bersama Huawei MediaPad M3 Lite tak pernah bosan

Hidup bersama Huawei MediaPad M3 Lite tak pernah bosan

Disember 06
16:07 2017
Share Button

6 pagi

Hari baru bermula. Celik saja mata terus tengok Huawei MediaPad M3 Lite di sebelah katil. Notifikasi untuk berita pun menanti.

Boleh baca berita atau menonton siaran berita yang terpampang di skrin MediaPad M3. Sambil bersiap-siap, biar saja lagu terpasang. Memang bunyinya bombastik sebab Harman Kardon menjadi speaker bagi tablet ini.

8 pagi

Dah bersiap untuk ke pejabat. Baiklah jom mulakan pemanduan. Sebelum memandu, buka dulu Facebook, Instagram dan macam-macam lagi lepas itu balas lah sedikit mesej WhatsApp. Ops! Tentulah boleh sebab Huawei MediaPad M3 Lite boleh masuk kad SIM…Siap 4G lagi.

10 pagi

Gear dua dimulakan untuk bekerja, banyak emel yang masuk dan orang kiri kanan sibuk memanggil dan menghantar mesej. Sambil dengar lagu dalam Spotify pun, boleh saja membuka aplikasi mesej dan membalas dengan pantas.

Tiba-tiba perlu ke luar pejabat untuk mesyuarat….rekod saja minit mesyuarat dengan Huawei MediaPad M3 Lite yang ada!

Kerja diteruskan. Tak perlu pun duduk depan meja.

Mana tidaknya, segala kerja pejabat yang membabitkan Microsoft Office atau mana-mana sistem lain juga serasi dengan tablet ini.

Tak cukup dengan itu, perisian Microsoft Office Mobile Suite pun sudah lengkap dipasang ketika membeli tablet ini.

Kalau mahu lebih, padankan tablet ini dengan aksesori seperti papan kekunci mudah alih atau tetikus. Memang lebih mudah bekerja di luar pejabat.

Lagipun, ia mempunyai teknologi ClariVu yang melindungi pandangan mata apabila menapis cahaya biru yang kerap berlaku apabila melihat skrin terlalu lama.

Jadi bukan saja kerja pejabat atau ‘assigment’ universiti, membaca novel melalui Huawei MediaPad M3 Lite juga bukan masalah besar.

12 tengahari

Mesyuarat baru habis, lapar lah pula…Jom cari makanan tapi bosan makan tempat sama jadi layarilah internet dalam Huawei MediaPad M3 Lite sekejap…Terliur tengok makanan dalam skrin telefon yang cerah dan HD+ ini.

2 petang

Dalam perjalanan pulang ke pejabat tiba-tiba hujan, alamak! Duduk dulu sekejap sambil bekerja dan berhibur waktu hujan.

Nampak hujan yang turun melimpahi air pancut di sebelah kafe memang cantik. ‘Snap’ saja gambar terus dengan tablet ini. 8 megapiksel, pun dah cukup.

Kalau mahu melakukan kerja sambil berhibur pula, pecahkan skrin kepada dua dengan mod ‘split screen’ yang ditawarkan dengan mudah iaitu hanya leret dan sentuh melalui jari pantas merubah kepada konsep terbabit.

Masih lagi agak lewat, gunakan kamera depan beresolusi 8 megapiksel untuk sidang video bersama bos memaklumkan hal kerja. Sambil sidang video untuk mesyuarat ringkas, boleh teruskan kerja dengan split mode tadi.

6 petang

Balik ke rumah, anak nak pinjam tablet. Mahu tonton kartun katanya. Biarkan saja. Jangan risau.

Jika anda berikan tablet ini kepada anak, jangan risau dengan pelbagai kandungan mengarut yang mungkin ditonton kerana Huawei MediaPad M3 Lite mempunyai aplikasi Kid’s Corner yang membolehkan ibu bapa mengawal penggunaan dan akses kepada aplikasi tertentu saja.

9 malam

Kita pun mahu berehat. Jom tonton sekejap siri kegemaran di iflix. Untung anda memiliki paparan jenis HD+ penuh pada resolusi 1920 x 1200 piksel. Memang ketara sangat kalau mahu bermain game atau menonton video pada definisi yang tinggi.

Dah lah gambar cantik, tak nampak pun ‘lag’nya dan menonton filem atau siri kegemaran bersama iflix atau Netflix memang cun.

12 tengah malam

Masuk tidur, terlupa, bateri Huawei MediaPad M3 Lite masih kuat bertahan dengan kapasiti bateri 4800mAh tapi eloklah cas di sebelah sebelum hari esok bermula lagi!

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com