TechSemut Malaysia

HMD Mengesahkan Smartphone Nokia 6, 5 Dan 3 Terima Android 0

HMD Mengesahkan Smartphone Nokia 6, 5 Dan 3 Terima Android 0

HMD Mengesahkan Smartphone Nokia 6, 5 Dan 3 Terima Android 0
Jun 02
11:08 2017

Nokia 6 Android O

Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 baru sahaja memasuki pasaran Malaysia yang dijual dengan harga RM999, RM799 dan RM599 yang akan dipasaran tempatan bermula Jun ini. Maklumat terbaru mengenai peranti ini dimana pihak HMD telah mengesahkan bahawa ketiga-tiga model ini akan menerima kemaskini Android O pada masa akan datang.

Selain daripada peranti Nexus dan Pixel keluaran Google, Nokia antara yang terawal mengeluarkan senarai peranti sedia ada yang akan menerima Android O. Buat masa ini, Android O masih lagi di peringkat Beta dan hanya boleh didapati untuk model-model Nexus dan Pixel sahaja. Versi akhir Android O dijangka akan diperkenalkan pada bulan Ogos atau September tahun ini.

Sedikit mengenai Android O yang akan hadir dengan pelbagai fungsi baru serta penambahbaikan sistem keselamatan dan juga jangka hayat bateri. Antara fungsi menarik Android O termasuk tetingkap kecil video YouTube yang dipanggil Picture-In-Picture yang membenarkan anda menonton YouTube di luar aplikasi, penambahbaikan sistem notifikasi serta mengoptimumkan prestasi dan kecekapan pada peranti mampu milik melalui Android Go.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com