TechSemut Malaysia

Honda Menghentikan Pembangunan Robot Asimo

Honda Menghentikan Pembangunan Robot Asimo

Honda Menghentikan Pembangunan Robot Asimo
Jun 30
07:11 2018

Asimo mungkin adalah robot dwi-kaki paling terkenal di dunia selepas Metal Gear Atlas. Robot comel setinggi 130 cm ini menjadi duta kepada teknologi robotik Honda sejak diperlihatkan pada tahun 2000. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari pembangunan robot dwi-kaki ini telah dimulakan sejak 1986. Honda beberapa hari yang lalu mengumumkan pembangunan Asimo telah dihentikan bagi menumpukan kepada pembangunan teknologi lain.

Sebanyak tujuh versi Asimo telah dihasilkan sejak 2000 dengan model terakhir diperlihatkan pada tahun 2011. Sepanjang kewujudannya, ia membuktikan robot yang mampu berjalan dan menaiki tangga bukanlah sekadar fiksyen sains. Teknologi yang digunakan pada Asimo kini akan digunapakai pada pembangunan sistem swapandu serta mobiliti untuk warga emas. Malahan motosikal swa-imbang Honda yang kami laporkan tahun lalu menggunakan teknologi yang diuji terlebih dahulu pada Asimo.

Selamat bersara kami ucapkan kepada Asimo (Advanced Step in Innovative Mobility). Dunia robotik telah banyak berubah dan Asimo yang dahulunya dianggap canggih kini sudah kelihatan berusia. Robot-robot keluaran Boston Dynamics bukan sahaja mampu berjalan tetapi boleh melompat dan melakukan balik kuang di udara. Dengan pembangunan robot yang masih diteruskan, mungkin dalam masa beberapa generasi, robot seperti Gundam pula akan menjadi realiti.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com