Honda Turut Menggunakan Kamera Sebagai Ganti Cermin Sisi Kereta

Cermin sisi mula digunakan pada kenderaan sejak 1920an tetapi hanya menjadi aksesori wajib sejak 1960an atas sebab keselamatan. Pada kenderaan moden, ia kini hadir dengan sistem bermotor yang membolehkan kedudukan diubah dari dalam kenderaan tanpa tingkap dibuka. Dengan peredaran zaman, cermin sisi kenderaan kelak mungkin akan pupus dan digantikan pula dengan kamera.

Honda ialah sebuah lagi syarikat yang mula menggantikan cermin sisi dengan Side Camera Mirror System. Honda e yang merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya adalah yang pertama keluaran mereka menggunakan sistem kamera sisi. Dua skrin sebesar 6″  yang diletakkan di hadapan pemandu memaparkan imej dari kamera. Mereka tidak perlu menelengkan kepala ke sisi untuk melihat cermin. Perhatian diberikan ke hadapan sepanjang masa dan ini menurut Honda adalah lebih selamat. Masalah silau pada waktu malam juga diselesaikan.

Kelebihan sistem kamera ialah ia dilengkapi lensa sudut lebar yang menyelesaikan masalah titik buta. Saiz “sayap sisi” untuk kamera yang lebih kecil mengurangkan rintangan udara dan bunyi bising. Akhir sekali ketika hujan pengguna dengan selamat dapat melihat ke belakang kerana lensa disalut bahan hidrofobik.

Lexus ES ialah kenderaan komersial pertama dengan sistem ini. Dua skrin LCD dalam kabin kenderaan menggantikan cermin sisi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.