Honor 20 Dan Honor 20 Pro Diumumkan Dengan Empat Kamera Belakang

Honor 20 Dan Honor 20 Pro Malaysia

Honor menambah dua lagi model smartphone iaitu Honor 20 dan Honor 20 Pro yang lebih mengfokuskan pada fotografi. Peranti ini hadir dengan empat kamera dibahagian belakang termasuk lensa makro yang merupakan pertama kali digunakan pada smartphone.

Honor 20 dan 20 Pro memiliki saiz skrin dan pemproses yang sama iaitu skrin IPS 6.26 inci dengan resolusi FHD+. Kedua-dua peranti ini menawarkan cip pemproses HiSilicon Kirin 980 dengan memori 128GB/6GB RAM untuk Honor 20 dan 256GB/8GB RAM untuk model 20 Pro.

Honor 20 Dan Honor 20 Pro Malaysia

Untuk kamera, model Honor 20 Pro menawarkan lensa utama 48MP F1.4, 16MP lensa ultrawide, 8MP lensa telefoto dan 2MP lensa makro untuk mengambil gambar jarak dekat atau close-up. Model Honor 20 pula menggunakan aperture F1.8 pada lensa 48MP dan menggugurkan kamera telefoto. Sebaliknya digantikan dengan lensa 2MP lensa pengesan kedalaman.

Selain kamera, kedua-dua peranti ini menawarkan bateri yang berbeza. Model Pro hadir dengan 4000 mAh bateri manakala Honor 20 dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 3750 mAh. Kedua-duanya hadir dengan pengecasan pantas 22.5W, USB Type-C dan pengimbas cap jari di sisi.

Honor 20 Dan Honor 20 Pro MalaysiaHonor 20 Dan Honor 20 Pro Malaysia

Di Malaysia, peranti ini akan diumumkan pada hari Khamis ini. Harga Honor 20 dan 20 Pro masih lagi belum diketahui. Namun ia dijangka Sekitar RM2699 untuk Honor 20 Pro dan RM1099 untuk Honor 20.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.