Honor 20 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Bulan Ogos

Hampir seminggu yang lalu pihak Honor Malaysia memuat naik imej acah dengan angka 111. Berdasarkan angka ini dengan mudah dapat diagak ia adalah petanda Honor 20 Pro akan dilancarkan kerana ia skor yang diterima dari laman DXOMark. Hari ini pihak Honor Malaysia mengesahkan peranti mercu ini dilancarkan pada bulan Ogos kelak.

Honor 20 ProHonor 20 Pro dilengkapi skrin berlubang 6.26-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4000mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Kamera utama menggabungkan sensor 48+16+8+2 Megapixel. Sensor 48-Megapixel dipadankan dengan lensa sudut lebar f/1.4 dengan sokongan OIS. Sensor 16-Megapixel pula dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar f/2.2 manakala sensor 8-Megapixel dipadankan pula dengan lensa telefoto zum optikal 3X f/2.4. Akhir sekali sensor 2-Megapixel adalah khusus untuk mod makro. Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel f/2.0.

Pengimbas cap jari disertakan pada bahagian sisi kanan dan kamera hadapan diletakkan di dalam lubang skrin. Terdapat juga kemampuan zum digital sehingga 30X. Dengan kata lain Honor 20 Pro ia sebuah Huawei P3o Pro dengan harga yang lebih mampu milik.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.