Honor 20 Pro Berwarna “Icelandic Illusion” Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor hari ini telah mengadakan acara jerayawara Honor 20 Pro di Sunway Pyramid, dan pada acara sama, mereka telah pun berkongsi mengatakan Honor 20 Pro berwarna “Icelandic Illusion” akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Honor 20 Pro

Honor 20 Pro dengan pilihan warna ini menawarkan rekaan berwarna putih, selain diliputi oleh kesan berwarna merah jambu, ungu, dan juga biru – sekaligus menjadikannya lebih unik dan cantik berbanding kebiasaan. Pada masa yang sama, ia menawarkan kesan pantulan berbeza mengikut sudut penglihatan pengguna.

Honor 20 Pro

Honor 20 Pro hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi, dijana Kirin 980, dan menawarkan kuasa rakaman kamera paling berkuasa dalam keluarga peranti Honor setakat ini. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM2299. Kami akan berkongsi lebih lanjut lagi sebaik sahaja peranti ini dilancarkan di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.