Honor 20S Akan Dilancarkan Di China 4 September Ini – Kirin 980, Kamera Mod Malam Yang Lebih Baik

Honor adalah sub-jenama daripada Huawei yang kini bergerak dengan sendiri. Produk-produk mereka seringkali adalah lebih murah dari Huawei. Tetapi dengan pelancaran Huawei Nova 5T, peranti Honor 20 dilihat ‘tenggelam’.Apa pula perancangan Honor selepas ini?

Peranti terbaru Honor kelak adalah Honor 20S. Peranti ini akan dijana cip Kirin 980, pilihan memori 6GB-12GB RAM dan storan dalaman 128/256 GB. Skrin dijangka akan hadir dengan panel 6.26-inci dan mungkin juga menggunakan kamera belakang dari gabungan lensa 48MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 32MP. Melalui poster ia memberitahu yang peranti ini adalah ‘Beauty of Night‘, yang mana mungkin memberi petanda mempunyai kemampuan rakaman waktu malam yang lebih baik.

Bateri mungkin sama dengan Honor 20, iaitu 3750mAh dan disebabkan tiada pengimbas cap jari kelihatan di sisi atau belakang, skrin mungkin adalah jenis OLED dan pengimbas cap jari adalah jenis bawah skrin. Jika Huawei Nova 5T dijual pada harga RM1,599, adakah Honor 20S boleh dijual pada harga yang lebih murah? Sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.