Honor 50 SE Malaysia

Selain Honor 50 dan Honor 50 Pro, Honor juga melancarkan variasi yang lebih murah iaitu Honor 50 SE. Model ini mengekalkan reka bentuk yang sama dengan dua model tersebut tetapi dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 90 dan mempunyai panel skrin rata.

Peranti ini juga hadir dengan RAM 8GB serta mendapat dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB. Ia juga dilengkapi dengan bateri 4000mAh bengecas pantas 66W, yang dapat memberikan caj hingga 75% dalam masa 20 minit sahaja.

Honor 50 SE menampilkan skrin LTPS LCD bersaiz 6.78 inci dengan bingkai skrin hanya 1.1 mm dan menyokong kadar segar 120Hz . Ia juga dilengkapi dengan kamera depan tunggal dengan sensor 16 MP. Model ini juga dilengkapi dengan kamera utama 108 MP yang digabungkan bersama kamera sudut lebar 8MP serta kamera makro 2MP.

Dari segi harga, Honor 50 SE boleh didapati dalam dua versi. Versi 8GB / 128GB berharga 2399 Yuan (sekitar RM1599), dan versi 8GB / 256GB berharga 2699 Yuan (Sekitar RM1799). Telefon pintar akan tersedia dalam tiga pilihan warna: Treamer Magic Mirror, Charm Sea Blue, and Bright Black.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.