Honor 7A Dijangka Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Honor Malaysia baru sahaja mengumumkan perubahan pada harga jualan kerana kadar GST sifar. Kini, selain daripadanya, pihak Honor turut menjadualkan sebuah acara khusus bersama pihak Shopee untuk memperkenalkan peranti terbaru mereka.

Honor dijangka akan memperkenalkan Honor 7A, iaitu sebuah telefon pintar dengan spesifikasi rendah-pertengahan.

Honor Shopee

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.7-inci, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori sehingga 3GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera 13MP + 2MP di belakang, selain 8-megapixel kamera untuk swafoto.

Honor menjadualkan acara khusus ini pada 5 Jun 2018 kelak, dimana mereka dijangka berkongsi mengenai harga jualan dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh berkenaan untuk melihat sendiri kejutan daripada pihak Honor dan Shopee.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.