Peratusan penggunaan Android Nougat melonjak hampir 100% pada bulan lalu tetapi masih di tahap 1.2%. Jumlah peratusan ini akan terus meningkat dengan pelbagai peranti mula menerima kemas kini bulan ini. Bagi pemilik Honor 8, kini tiba giliran anda pula.

Kemas kini ke Android Nougat mula diterima oleh pemilik Honor 8 di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kami difahamkan kemas kini secara global akan dilakukan secara berperingkat. Kemas kini ini turut akan memberikan antaramuka EMUI 5.0 dengan sokongan talam aplikasi serta memaparkan dua aplikasi serentak. Penantian anda bakal berakhir.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.