Honor 8C Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Honor Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa gambar acah untuk telefon pintar terbaru mereka. Kini, mengesahkan peranti berkenaan, Honor mengatakan mereka bakal melancarkan Honor 8C secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, 26 Mac.

Honor 8C akan memfokuskan kepada sokongan bateri padanya, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Dari segi spesifikasi, peranti ini menawarkan skrin bersaiz 6.26=inci, dijana cip Snapdragon 632, memori 4GB RAM, dan storan 32GB. Ia menyertakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Sama-sama kita nantikan tarikh 26 Mac ini untuk melihat berapakah harga jualan telefon pintar terbaru Honor ini, dan bilakah ia akan mula dijual di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*