Honor 8X Akan Dikemaskini Bagi Menyokong Penstriman HD Penuh Netflix

Dengan skrin sebesar 6.5″, Honor 8X ialah peranti yang sesuai digunakan untuk menstrim kandungan video. Namun begitu terdapat satu kekurangan pada peranti ini kerana ia tidak boleh menstrim kandungan Netflix pada resolusi HD penuh. Masalah ini akan diselesaikan menerusi kemaskini yang bakal diberikan bulan ini.

Honor dan Netflix telah menandatangani kerjasama dimana aplikasi penstriman ini akan hadir secara terbina. Pada waktu yang sama menerusi kemaskini yang diberikan, peranti akan akhirnya mempunyai kebolehan menstrim kandungan pada resolusi HD penuh. Tarikh ia akan diberikan masih belum diketahui tetapi kami akan memaklumkannya kepada apabila ia berlaku.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.