Honor 8X Dilancarkan Di Malaysia – Skrin Bertakuk 6.5-inci, Kirin 710, Berharga RM949

Honor Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 8X. Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini hadir dengan beberapa ciri-ciri premium, tetapi ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Honor 8X hadir dengan skrin 6.5-inci bertakuk, dijana cip pemprosesan Kirin 710, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sebesar 128GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang yang mengabungkan sensor 20MP + 2MP, selain kamera hadapan 16-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongna bicu audio 3.5mm. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Honor 8X menyertakan sejumlah ciri-ciri rakaman menarik melaluinya menggunakan integrasi kecerdasan buatan – dimana ia lebih mengoptimasikan rakaman bergantung kepada objek yang dirakam. Selain itu, Honor 8X turut menyertakan sokongan rakaman video gerak-perlahan sehingga 480fps.

Honor turut menyertakan sokongan dwi-SIM pada Honor 8X ini, selain turut menawarkan slot khusus tambahan untuk mikro-SD – sekaligus menjadikan ia hadir dengan tiga slot secara terbina. Honor turut mengatakan ia hadir dengan ciri Safety Airbag yang membolehkan peranti meresap sedikit hentakan apabila ia terjatuh dan mengurangkan kesan impak jatuhan. Sokongan GPU Tubro turut disertakan secara terbina pada Honor 8X ini.

Di Malaysia, Honor 8X akan dijual pada harga RM949 untuk model 4GB RAM dan 128GB storan. Ia hadir dalam pilihan warna hitam dan biru. Ia akan dijual bermula 12 Oktober ini, dimana pembeli yang membeli melalui Shopee dan Hi Honor pada hari pertama jualannya akan turut menerima beberapa ganjaran tambahan – termasuk sebuah Honor Band 3 secara percuma.

Honor 8X

Baca : Pandang Pertama Honor 8X

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.