Honor 9 Akan Dilancarkan 12 Jun Hadapan

Jenama Honor cukup popular di Malaysia kerana menawarkan peranti dengan spesifikasi yang baik pada harga lebih mampu milik. Honor 9 ialah peranti yang amat dinantikan kerana ia dianggap peranti alternatif kepada Huawei P10. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Jun ini di Shanghai.

Poster untuk acara pelancarannya diperlihatkan dengan duta produk Hu Ge. Ia dilengkapi skrin 5.15″ HD penuh, pemproses HiSilicon Kirin 960, memori 6 GB RAM, dwi-kamera 12+20 Megapixel pada bahagian belakang dan 8-Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri kini sebesar 3100 mAh dan meningkat dari 3000 mAh berbanding model tahun lalu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.