Honor Magic 2 Akan Dilancarkan Pada 31 Oktober Ini

Prebiu rekaan Honor Magic 2 diperlihatkan di acara IFA yang berlangsung penghujung Ogos lalu. Peranti dengan kecerdasan buatan ini dilengkapi sistem kamera yang melungsur dan akan dijana oleh pemproses Kirin 980 yang terkini. Selepas berbapa kali diacah, tarikh pelancarannya disahkan akan berlaku pada 31 Oktober ini.

Acara akan berlangsung di Beijing. Sistem kamera lungsur yang digunakan adalah secara manual. Ini turut membolehkan Magic 2 mempunyai rekaan skrin hampir 100% skrin pada bahagian hadapan. Imej di atas turut menunjukkan sistem dwi kamera hadapan serta bingkai yang diperbuat daripada logam. Honor Magic asal tidak dijual di luar China tetapi Magic 2 mungkin melanggar tradisi memandangkan Honor kini bukan lagi jenama yang asing.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.