Honor Malaysia Kini Menawarkan Honor 8S Pada Harga RM399

Honor Malaysia kini agak aktif dalam pengenalan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan. Selepas membawa masuk Honor 8X Max dan Honor Magic Watch 2 baru-baru ini, mereka turut menambah satu lagi penawaran baru, iaitu Honor 8S.

Honor 8S merupakan telefon pintar dengan spesifikasi asas, dan boleh didapati di pengedar rasmi Honor pada harga RM399.

Honor 8S

Honor 8S menggunakan skrin 5.7-1inci HD+, dijana cip MediaTek MT6765, memori 2GB RAM, storan 32GB, dan dilengkapi bateri 3020mAh. Melengkapkan ia adalah kamera utama 13-megapixel dibelakang, dan kamera swafoto 5-megapixel dihadapan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran terbaru daripada Honor ini di pengedar rasmi Honor seluruh negara pada harga RM399.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*