Honor Malaysia Mengacah Penawaran Honor 8C Tidak Lama Lagi

Honor 8C merupakan salah satu telefon pintar daripada pihak Honor yang telah dilancarkan pada penghujung tahun 2018 lepas. Kini, ia dilihat akan hadir ke pasaran tempatan, dan pihak Honor Malaysia telah mula mengacah kehadirannya.

Melalui gambar acah yang dikongsikan hari ini, Honor memperlihatkan bateri berkapasiti 4000mAh untuk penggunaan masa sepanjang hari – salah satu ciri yang disertakan pada Honor 8C. Gambar sama juga turut memperlihatkan penggunaan huruf “C”, sekaligus mengukuhkan lagi yang mana peranti berkenaan adalah Honor 8C.

Honor 8C

Honor 8C juga menggunakan skrin 6.26-inci, dijana cip Snapdragon 632, memori 4GB RAM dan storan 32GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Honor akan melancarkannya secara rasmi. Dengan kehadiran gambar acah ini, mungkin kita boleh melihat ia diperkenalkan dan dipasarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.