Honor Melancarkan Honor 9i Dengan Pemproses Kirin 659 Dan Skrin Bertakuk

Semalam, Honor telah lancarkan Honor Play di Cina – iaitu telefon pintar daripada Honor yang memfokuskan permua. Bersama-sama dengan Honor Play, Honor 9i turut dilancarkan. Honor 9i ini dijana dengan cip pemproses Kirin 659 dan juga hadir dengan rekaan skrin bertakuk.

Skrin peranti ini adalah 5.84-inci dengan panel IPS LCD beresolusi FHD+. Selain itu, ia mempunyai memori sebesar 4GB RAM dan 64/128GB storan dalaman dengan kemampuan mikroSD sebesar 256GB. Kamera Honor 9i pulaadalah 13+2 Megapixel dwi-lensa dengan PDAF dan rakaman 4K. Manakala kamera swafoto pula adalah 16 Megapixel dengan kemampuan rakaman 1080p. Untuk bateri pula, ia menggunakan 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui mikroUSB.

Seperti peranti Honor baru lain, ia menjalankan sistem operasi Android dengan antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo. Untuk harga pula ia dijual pada harga RMB1399 (~RM870) untuk 64/4 GB dan RMB1699 (~RM1056) untuk variasi 128/4 GB.

Tidak pasti sama ada Honor akan lancarkan peranti ini untuk pasaran tempatan. Tetapi secara asasnya Honor 9i ini adalah Huawei Nova 3e versi murah dengan beberapa kekurangan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.