Honor Melancarkan Honor Earphones – Set Fon Telinga Dengan Pengimbas Nadi

Beberapa hari lepas, telah kami laporkan di mana Honor bakal melancarkan set fon telinga dengan pengimbas nadi. Semalam, Honor telah lancarkannya secara rasminya set fon telinga Honor Earphones bersama-sama dengan gelang lengan Honor Sports Armband.

Menurut Honor, mengimbas nadi melalui telinga adalah lebih tepat berbanding pergelangan tangan. Oleh itu, mereka bina Honor Earphones sekali dengan pengimbas nadi. Lebih menarik, set fon telinga ini mempunyai piawaian Hi-Res untuk memberikan pengalaman pendengaran yang menarik. Terdapat juga aplikasi khas untuk pengguna menyemak nadi mereka. Honor Earphones ini dijual pada harga RMB129 (~RM80) dan mempunyai dua warna pilihan hitam atau putih.

Bersama-sama dengan Honor Earphones, Honor turut melancarkan Honor Sports Armband. Ia adalah gelang lengan untuk meletak telefon pintar pengguna sambil bersukan. Di bahagian hadapan gelang lengan ini terdapat filem pelindung yang menyokong sesentuh bagi memudahkan pengguna mengakses peranti mereka. Ia turut mempunyai ruang menyimpan duit atau juga kad bank.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.