Honor, salah satu pengeluar yang sebelum ini merupakan sub-jenama Huawei, dan kini diasingkan sebagai syarikat berasingan – kini mengesahkan mereka dalam perbincangan bersama pihak Google.

Menurut CEO Honor, mereka menyasarkan untuk menyambung kembali kerjasama dengan Google – sekaligus akan membolehkan mereka menawarkan pelbagai aplikasi Google, termasuk Google Play Store melalui peranti mereka.

Seperti ramai sedia maklum, Honor telah pun melancarkan Honor V40 baru-baru ini di  China. Namun, untuk melancarkannya pada peringkat global, dan menarik pembeli menggunakannya, mereka memerlukan penawaran Google Play Store bersama dengannya.

Mungkin pihak Honor kini sedang menantikan pengesahan kerjasama Google terlebih dahulu sebelum melancarkan telefon pintar mereka terbaru pada peringkat global.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.