Huawei telah pun mengasingkan dan menjual Honor kepada firma berasingan, sekaligus membuatkan Honor beroperasi secara kendiri dan bebas dari Huawei.

Terbaru, mengikut laporan Nikkei, Honor dilaporkan menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran telefon pintar mereka kepada sekitar 100 juta telefon pintar. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan pengeluaran sekitar 40% berbanding sebelum ini.

Apa pun, ia masih bergantung kepada kebolehan Honor mendapatkan kembali bekalan daripada penyedia komponen – dan sama ada ia sudah terlepas daripada senarai entiti Amerika Syarikat atau sebaliknya.

Dengan perkembangan terbaru ini, semestinya tahun 2021 kelak akan menjadi antara tahun menarik untuk Honor, dan melihat sama ada ia boleh memberikan cabaran yang hebat kepada Huawei dan lain-lain atau tidak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.