Honor Mula Menawarkan Fon Telinga Pesaing AirPods Untuk Pengguna Malaysia – Berharga RM349

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran dua aksesori audio untuk pengguna tempatan, iaitu HONOR FlyPods Lite dan juga Honor SoundStone.

HONOR Audio

HONOR FlyPods Lite merupakan fon telinga nirwayar daripada Honor, ditawarkan pada harga RM349. Ia hadir dengan sokongan kalis air IP54, dilengkapi sokongan Bluetooth 4.2, dan menyokong memainkan audio selama 12 jam dengan sekali pengecasan.

HONOR SoundStone pula merupakan speaker Bluetooth yang turut hadir dengan sokongan audio baik, selain turut boleh digunakan sebagai mikrofon untuk panggilan berkumpulan. Ia hadir dengan bateri 700mAh yang boleh dicas penuh dalam 3 jam untuk penggunaan selama 8.5 jam lamanya. Speaker ini turut hadir dengan sokongan kalis air IPX5 bersama-sama dengannya.

HONOR FlyPods Lite ditawarkan pada harga RM349, sementara HONOR SoundStone pula ditawarkan pada harga RM149 di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.