Honor Play 3 Diperkenalkan Dengan Kirin 710F, Bateri 4000mAh, Kamera 48MP

Honor hari ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru, termasuk pengenalan kemaskini untuk model Honor Play sebelum ini, melalui Honor Play 3. Honor dilihat melangkaui penggunaan angka 2, dan terus ke 3 melalui model baru ini.

Honor Play 3

Berbeza dengan sebelum ini, Honor Play 3 dilihat menawarkan spesifikasi pertengahan. Ia hadir dijana skrin 6.39-inci dengan rekaan skrin berlubang ditepi, dijana cip Kirin 710F, memori sehingga 6GB RAM, dan pilihan storan sehingga 128GB.

Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh, tri-kamera belakang gabungan 48MP + 8MP sudut lebar + 2MP (depth).

Honor turut menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk sokongan teknologi boost untuk penambahan prestasi lebih pantas.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah model peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.